Friday, September 30, 2011

Putus Cinta

Nasihat Untuk Orang Yang Putus Cinta






Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya anda sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah dan penyayang, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak rungutan itu dan ini, supaya kita menjadi seorang manusia yang hebat jiwanya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah s.w.t.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal..

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Percayalah, sesungguhnya ALLAH s.w.t. akan mendengar segala permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya.





Sabarlah sahabatku
. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu, selagi mana kita taat padaNya. INSYAALLAH (",)

No comments:

Post a Comment